PROSES KIMPALAN ARKA LOGAM

   

Bahagian Butiran
Pengenalan Shielded Metal Arc Welding (SMAW), juga dikenali sebagai "stick welding" atau Manual Metal Arc (MMA) welding, adalah proses kimpalan yang serba guna menggunakan arka elektrik untuk memanaskan dan menyambungkan logam. Ia digunakan untuk mengimpal pelbagai jenis logam termasuk keluli karbon, keluli tahan karat, dan keluli aloi.
Gambaran Pekerjaan

Alam pekerjaan kimpalan menawarkan kerjaya yang dinamik, mencabar, dan berpotensi memberi pendapatan lumayan. Ia melibatkan suasana kerja yang berbeza-beza bergantung pada industri.

memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi, daya tahan fizikal, dan pematuhan ketat kepada aspek keselamatan.

Keperluan Pengawalseliaan
  • Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
  • Kementerian Sumber Manusia Malaysia: Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).
  • Akta Kilang & Jentera 1967 (Akta 139).
  • Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
  • Kementerian Kerja Raya: Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994 (Akta 520).
  • Jabatan Alam Sekitar.
  • Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar: Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
Prasyarat Latihan Kebolehan membaca,mengira,menulis dalam Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris.
Penganugerahan Sijil Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM)
Kompetensi Pekerjaan
  • Melakukan kimpalan SMAW 1F, 2F, 3F, dan 4F untuk kimpalan ambi T.
  • Melakukan kimpalan SMAW 1G, 2G Paip dan juga Plat.
  • Melakukan kimpalan SMAW 3G Down Hill,3G Up Hill 4G plat.
  • Melakukan kimpalan SMAW 5G, dan 6G Paip Uphill dan Down Hill.
Keadaan Kerja Memerlukan fokus, stamina fizikal, keupayaan bekerja dalam kedudukan yang canggung, dan penggunaan peralatan keselamatan (kasut keselamatan, sarung tangan, cermin mata, perisai kimpalan, topeng habuk). Mungkin melibatkan kerja luar dan memerlukan pengudaraan yang baik atau pengeluaran asap di ruang tertutup. Memerlukan Ujian Kelayakan Tukang Kimpal (WQT) mengikut spesifikasi projek. Penglihatan yang baik diperlukan untuk pemeriksaan.
Laluan Kerjaya
  • Peringkat Permulaan (Entry Level)

    Peringkat Sederhana (Intermediate Level)

     

    Peringkat Profesional (Profesional Level)

Peluang Peningkatan Kemahiran Pengimpal, Pengimpal Profesional, Usahawan, Pendidikan, Teknisyen NDT,Teknisyen DT,Pengimpal Kapal,Pengimpal Pelantar Minyak dan gas.

 

Yuran dan Maklumat Program

 

 
PERKARA JUMLAH
PENDAFTARAN KOLEJ RM 100
PENDAFTARAN MYSPIKE, JPK RM 100
KELENGKAPAN ASRAMA (TILAM DAN BANTAL) RM 160
PENDAFTARAN ASRAMA  RM 100
INSURANS PELATIH RM 50
KELENGKAPAN PELATIH

JAKET & T.SHIRT

HAND GRINDER

SESIKU L

SAFETY VEST

TOOL BOX

RM 350
DIBAYAR WAKTU PENDAFTARAN RM 1000
YURAN PENGAJIAN RM 23,125
BAYARAN YURAN PENGAJIAN MELALUI TPK 100 %
BAYARAN YURAN PESENDIRIAN (BULANAN) RM 1,280

*** PERCUMA MAKAN 3X SEHARI.

***PERCUMA ASRAMA DORM

MAJLIS GRADUASI TAMAT LATIHAN, YURAN MENGIKUT KADAR YANG AKAN DITETAPKAN.

NOTA : PIHAK TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN MENYEDIAKAN PINJAMAN BAGI YURAN,

 DUIT POKET SEBANYAK RM600.00 SEBULAN SEPANJANG TEMPOH PENGAJIAN